Sunday, Aug 01st

Last update05:15:24 AM GMT

Headlines
Anda di sini: Artikel Tazkiyatun Nafs Ujian Sebagai Pengawal Mutu

Ujian Sebagai Pengawal Mutu

Emel Print PDF

 Menghadapi Ujian

Mengapa dalam hidup harus ada kesusahan? Agar kemudahan menjadi suatu nilai dan makna. Mengapa dalam hidup harus ada kesusahan? Agar kemudahan dicabar untuk dicari, dikejar dan akhirnya dinikmati.

Kesusahan adalah nuansa fluktuatif kehidupan. Yang seharusnya menambah indah suasana hidup ini. Agar tidak membosankan. Kerana watak manusia selalu bosan dengan satu suasana yang tidak berubah. Bukannya kita mencabar kesusahan untuk datang. Tetapi kerana kesusahan adalah suatu kepastian. Hingga kita dituntut untuk bersikap positif dalam menghadapinya.

Untuk mendapatkan emas yang tulen perlulah dibakar dengan panas yang tinggi. Untuk mendapatkan baja juga perlu dilebur dulu dalam bara api yang sangat panas. Mereka yang masih duduk di bangku sekolah, kesusahan ujian adalah merupakan bahagian dari quality control. Mereka yang sudah bekerja, juga perlu diuji dengan diberikan tugas-tugas susah untuk melihat siapa yang capable dan siapa yang tidak layak.

Hanya manusia-manusia pilihan saja yang dapat bertahan hingga garis penamat. Yang mampu melampaui rintangan-rintangan kesusahan. Sedangkan yang lemah akan terkubur dengan kesusahan dan musibah.

Masalah akhirat juga begitu. Allah akan menguji hambanya. Tidak akan dibiarkan orang mengaku beriman begitu saja. Keimanan bukan hanya pengakuan lisan yang biasa menipu. Perlu diuji, agar bersih dari sifat kekufuran dan kemunafikan yang tersembunyi.

“Apakah manusia menyangka akan dibiarkan berkata kami beriman, padahal mereka belum diuji. Sunggh kami telah menguji orang-orang sebelummu.” (Al-Ankabut[]:2)

Dalam Perang Uhud yg diikuti oleh sekitar seribu pasukan muslimin, perlu berkuran kepada 300 orang. Mereka lebih memilih pulang ke Madinah kerana mereka tidak sanggup menghadapi ujian peperangan. Ya, mereka adalah orang-orang munafik. Kemunafikan pasti akan gugur di medan ujian.

Maka para Nabi lah yg paling berat ujiannya. Kepayahan ataupun kesusahan yg mereka hadapi sangat besar. Semakin besar keimanan semakin berat ujian kesusahan yg harus dihadapi.

Rasulullah SAW ditanya, siapakan yg paling berat ujiannya? Beliau menjawab, “Para nabi dan mereka yang mengikuti jejak mereka.”